Masalah sampah dan potongan kayu hanyut Empangan Tenom Pangi

Pada 25 Januari 2009, operasi Stesen janakuasa hidro Tenom Pangi terjejas kerana timbunan sampah sarap dan potongan kayu yang hanyut dari hulu Sungai Padas dan Sungai Pengalan setiap kali musim banjir. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyatakan 'main intake' stesen janakuasa ini tersumbat dan kapasiti janaan stesen janakuasa menurun kerana terpaksa mengurangkan beban set janakuasa atau menghentikan operasi semua set janakuasa jika sampah sarap bertambah banyak, yang secara langsung memberi impak kepada sistem bekalan elektrik di Sabah. [1]